Sabtu, Julai 16, 2016

Kemudahan Perbaharui Roadtax Tanpa Geran Di JPJ



Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah menaik taraf sistem dari penggunaan geran kepada tanpa geran. Sebelum ini MYEG telah menggunakan kaedah perbaharui roadtax tanpa geran. Kini JPJ telah melaksanakan dan amat memudahkan para pengguna kenderaan di Malaysia kerana tiada sebarang caj tambahan dikenakan seperti di MYEG. Pengguna hanya memberikan No Kenderaan dan No Kad Pengenalan Pemilik selepas insuran kenderaan tersebut di perbaharui dan telah online di sistem JPJ.

Sistem yang telah dilaksanakan oleh JPJ dan MYEG adalah sistem VOC (Sijil Pemilikan Kenderaan) manakala sistem Pejabat Pos ialah JPJK2 (masih menggunakan kaedah geran). Sistem VOC bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan (RC) yang akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa bermula 1 Jun 2016.

Pengenalan VOC masih lagi merupakan suatu perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mengandungi butiran pemilik dan kenderaan.

Namun, dalam usaha untuk memudahkan urusniaga dengan JPJ, VOC yang diperkenalkan ini tidak lagi digunakan sebagai dokumen atau instrumen bagi urusan seperti Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan), Tukar Hak Milik, atau Pindaan Maklumat.

Tiada ulasan: