Sabtu, September 24, 2016

Cara-Cara Untuk Membuat Tuntutan Windscreen TAKAFUL IKHLAS

Cara-Cara Untuk Membuat Tuntutan Windscreen TAKAFUL IKHLAS

Cara ini untuk anda yang hendak membuat tuntutan terus kepada pihak TAKAFUL IKHLAS. Situasinya anda telah pecah cermin emergency dan anda telah mendahulukan wang anda untuk kos pembaikan kepada bengkel. Pihak insuran hanya menerima tuntutan anda dalam masa 2 minggu dari tarikh ANDA MEMBUAT PENUKARAN WINDSCREEN (berdasarkan tarikh pada gambar dan invois)

Antara dokumen yang anda perlukan untuk membuat tuntutan :

1- Borang tuntutan windscreen. Boleh download dari website Takaful ikhlas
2- Gambar pembaikan sebelum dan selepas
3- Invois bil pembaikan dari bengkel

4- Salinan buku akaun bank (kerana pihak Takaful Ikhlas akan membuat e-payment terus ke akaun bank anda)

AWAS : TIDAK SEMUA SYARIKAT INSURANS MENERIMA CARA TUNTUTAN SEPERTI INI. SILA DAPATKAN NASIHAT DARI AGEN INSURAN KENDERAAN ANDA.

Tiada ulasan: